KUBANG PASU: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melahirkan keyakinan sasaran kerajaan negeri untuk mencatat kemasukan pelancong sebanyak enam juta sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 tercapai.
Muhammad Sanusi berkata, TMK 2025 yang bermula hari ini menghimpunkan lebih 150 acara sepanjang tahun ini dalam usaha menarik pelancong domestik dan antarabangsa.
“Kita juga sudah mengeluarkan risalah atau senarai tempat menarik untuk dilawati di Kedah untuk diedarkan kepada pemain industri pelancongan di seluruh negara.
Read More →

Wanita warga asing maut, berlumuran darah dalam bilik hotel
PETALING JAYA: Seorang wanita warga asing berusia lingkungan 30-an ditemukan maut dan berlumuran darah di sebuah bilik hotel pada pukul 10.15 malam di Taman Mawar, Puchong, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, wanita malang itu dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam.
“Berdasarkan maklumat awal, polis telah menahan dua lelaki warga asing berusia 39 tahun pada pukul 3 pagi tadi di sekitar Bukit Puchong, bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek kini direman sehingga 6 Januari bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat kes ...

Panjat tembok keselamatan bawa ganja RM400,000
PADANG BESAR: Cubaan dua lelaki menyeludup masuk ganja seberat lapan kilogram dianggar bernilai RM400,000 dengan menceroboh tembok sempadan negara di sini gagal apabila tindakan itu disedari sepasukan pegawai dan anggota Risik Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Kelibat penyeludup terbabit disedari pihak berkuasa selepas terlihat cahaya lampu suluh di kawasan berkenaan dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam di Pos TS 13, jalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.
Menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua penyeludup berkenaan bertindak memanjat tembok tersebut bagi melarikan diri ...

Op Ambang Tahun Baharu: Tujuh pemandu mabuk ditahan
IPOH: Polis menahan tujuh lelaki yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Bersepadu Ambang Tahun Baharu 2025 Kontinjen Perak di seluruh negeri awal pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, kesemua individu berusia antara 25 hingga 51 tahun itu ditahan dalam operasi di Ipoh, Taiping dan Manjung.
Katanya, hasil ujian pernafasan awal mendapati kepekatan alkohol dalam tubuh kesemua lelaki yang ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 itu melebihi had ditetapkan.
“Seramai 1,687 ...

Dakwa pemilik kenderaan perdagangan cuai
KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berkompromi dan mengambil tindakan tegas mendakwa pemandu kenderaan perdagangan terutama lori dan treler yang cuai sehingga terbabit dengan kemalangan di mahkamah.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, proses pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 57 Akta 715 kerana kesalahan Melanggar Lesen Pengendali iaitu gagal memberikan keutamaan ke atas pengguna jalan raya yang lain.
Katanya, bermula Julai tahun lalu, JPJ mengeluarkan sebanyak lapan kertas siasatan ke atas lori ...

Tayar lori tercabut kerana kerosakan gandar
PETALING JAYA: Tayar sebuah lori yang tercabut sehingga mengakibatkan nahas di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ayer Keroh dipercayai berpunca daripada kerosakan pada hujung gandar hadapan kenderaan terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Mahmood Razak Bahman berkata, kenderaan berjenama Foton itu sudah melakukan pemeriksaan awalan pada 28 Mac lalu dan tarikh pemeriksaan selanjutnya pada 28 Mac ini.
Kata beliau, penemuan tersebut merupakan peringatan penting kepada pemilik kenderaan perdagangan untuk memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik dan mengikut jadual yang ...

Kod QR bakal ganti kod bar produk menjelang 2027

LONDON: Kod bar berjalur zebra yang digunakan selama 50 tahun bakal digantikan kepada alternatif baharu lebih canggih untuk peruncit di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun lagi. Menurut organisasi antarabangsa GS1 yang menyelia piawaian global untuk kod bar, kod pintar baharu dengan maklumat seperti tarikh luput, arahan penggunaan, alergen, ramuan dan harga akan menggantikan kod … Read More →

Syria lantik pejuang asing sandang jawatan tertinggi tentera

DAMSYIK: Pemerintah baharu Syria melantik beberapa pejuang asing, termasuk dari Uyghur, Jordan dan Turkiye ke dalam pasukan tentera negara ketika Damsyik berusaha menyusun semula pasukan pertahanan yang lebih profesional. Beberapa sumber mendakwa, hampir 50 peranan tentera yang diumumkan Kementerian Pertahanan pada Ahad, kira-kira enam daripadanya diberikan kepada pejuang asing. Kementerian itu mengumumkan 49 pelantikan dalam … Read More →

Raducanu berlumba dengan masa untuk pulih

LONDON: Juara Grand Slam, Emma Raducanu terpaksa menarik diri daripada kejohanan pemanasan Terbuka Auckland akibat kecederaan belakang, sekali gus menjadi halangan besar buat persiapannya menghadapi Terbuka Australia. Raducanu, 22, yang merupakan pilihan keenam kejohanan itu, dijadual menentang pemain Amerika Syarikat, Robin Montgomery dalam aksi pembukaan pada Selasa. Namun, kecederaan yang dialaminya menyebabkan dia tidak dapat … Read More →

Perubatan digital atasi kekurangan pakar perubatan

UNTUK mengatasi masalah kekurangan pakar atau pegawai perubatan dalam institusi perubatan awam, perlunya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan peralatan hospital serta menyediakan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Antara sebab utama pegawai perubatan Gred UD56 atau lebih tinggi meletak jawatan adalah kerana ditugaskan di lokasi yang jauh dari kampung halaman. Selain itu, terdapat punca lain termasuk isu … Read More →