KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menegaskan, dia tidak pernah menarik kes mahkamah melibatkan dirinya dengan seorang wanita yang didakwa bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine.
Menurut Aliff, 33, kes mahkamah yang berlangsung di Singapura itu sememangnya sudah selesai tetapi dengan arahan mahkamah iaitu ‘final court order’ terhadap pihak Sarah.
“Ini bermakna bahawa perintah mahkamah awal yang telah diberikan berdasarkan permohonan saya akhirnya telah disahkan.
“Jadi kekeliruan tentang penarikan semula kes ini oleh saya adalah sama sekali tidak benar,” katanya.
Tambah penyanyi ...