KUANTAN: Suspek kes pembunuhan seorang peniaga wanita yang ditemukan meninggal dunia di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, di sini, ditahan direman selama tujuh hari sehingga 21 Februari ini.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jenayah, Nor Izzati Zakaria, sekitar pukul 2 petang ini. Permohonan reman dikemukakan oleh polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Suspek dilihat hadir ke Mahkamah Majistret di sini dengan ...