KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menambah baik peruntukan kepada setiap agensi berkaitan keusahawanan bagi membantu peniaga yang ingin memulakan perniagaan.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu penting bagi membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan, sekali gus dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Menurutnya, kejayaan para usahawan itu turut akan memberi nilai tambah terhadap kerajaan menerusi cukai keuntungan yang dibayar oleh syarikat-syarikat mereka.
“Saya ingin pastikan, kerajaan jangan lupa di samping kita memberi pendidikan, elemen (keusahawanan) ini sangat penting ...