ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan kebangkitan untuk menang bergaya 5-2 ke atas Pohang Steelers dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan skuad bimbingan Hector Bidoglio mendaki ke posisi keempat apabila mengutip 14 mata menerusi lapan perlawanan, manakala kelab Korea Selatan itu tersingkir daripada kelompok lapan terbaik dan terkandas dalam saingan kumpulan.
Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan tampak ...