SUBANG JAYA: Seorang wanita bersama anaknya berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan SS 19/1C, SS19, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa yang terperangkap di tingkat atas rumah berjaya diselamatkan anggota bomba sebelum dihantar ke hospital akibat sesak nafas.
Pusat Gerakan Operasi Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.15 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya bersama lapan anggota ...