Blog

Rossi sah bukan lagi CEO MFL 

blank

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Giorgio Rossi Pompili Rossi bukan lagi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu. Kelmarin, bertutup kencang spekulasi tentang jodoh Rossi bersama MFL yang difahamkan telah berakhir selepas difahamkan dipecat. Tanggungjawab sebagai CEO itu akan dipangku sementara oleh Ketua Pegawai … Read More →

blank

Motor langgar lori, buruh warga Indonesia maut

KUALA SELANGOR: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut selepas dilanggar oleh sebuah lori dalam kejadian kemalangan dekat persimpangan Batu Arang di Kilometer 25 Jalan Kuala Selangor – Sungai Buloh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang, lelaki berusia 50 tahun itu sedang menunggang motosikalnya dari arah Ijok ke Batu Arang melalui persimpangan lampu isyarat sebelum berlanggar dengan lori jenis Tipper berwarna biru yang hendak masuk ke kanan dari arah bertentangan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan ...

Read More →
blank

Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu disambut meriah

MELAKA: Kemasukan percuma ke 13 destinasi pelancongan di negeri ini bersempena cuti umum Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu, semalam tetap meriah walaupun tidak sehebat tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai tidak lagi berpusu-pusu seperti tahun lalu yang menggamit kira-kira 150,000 pengunjung ke 11 lokasi pelancongan di Melaka.

Selain itu, kebanyakan pengunjung yang hadir di semua lokasi pelancongan majoritinya tinggal di negeri ini, namun ada juga dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Lokasi yang menjadi tumpuan adalah Melaka ...

Read More →
blank

KWSP tidak rugi

blank

blank

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperoleh pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividennya melalui penjualan saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, prestasi saham MAHB mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 menjadi antara … Read More →

blank

Untung bersih Petronas Dagangan naik kepada RM249j pada suku keempat

blank

blank

PETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) mencatatkan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak RM249 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM180 juta yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya. Prestasi lebih baik didorong oleh margin yang kukuh berikutan keadaan pasaran yang menggalakkan dan pengurusan kos yang berdisiplin. Dalam pemfailan di Bursa … Read More →

blank

Impian tunai umrah lesap, mangsa tuntut keadilan

blank

blank

KUALA LUMPUR: Seramai 31 individu kebanyakannya suri rumah daripada golongan B40, tampil memfailkan tuntutan mahkamah selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej tajaan umrah yang ditawarkan seorang individu bergelar ‘Datuk’. Wakil kumpulan mangsa terbabit, Rosmawati Mansor, 51, berkata, mereka rugi lebih RM300,000 setelah membuat bayaran penuh bagi pakej umrah yang ditawarkan pada kadar antara RM3,500 hingga … Read More →

blank

Imam Besar Masjid Al-Aqsa setuju imamkan solat Maghrib, Isyak di Masjid Putra 24 Februari

PUTRAJAYA: Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Ekrima Said Sabri bersetuju untuk mengimamkan solat Maghrib dan Isyak sempena Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra pada 24 Februari ini.

Perkara itu dinyatakan Sheikh Dr Ekrima ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar di sini hari ini.

“Insya-Allah (imam solat) Maghrib dan Isyak,” jawabnya ringkas.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, Sheikh Dr Ekrima memaklumkan beliau bersedia menjadi imam bagi solat Maghrib dan Isyak ...

Read More →
blank

Jangan sensasikan kes budak tercekik gula-gula ‘gummy’

BUTTERWORTH : Orang ramai dinasihat untuk tidak mensensasikan kes seorang budak lelaki yang kini sedang ‘bertarung nyawa’ di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami sesak nafas dipercayai akibat tercekik gula-gula ‘gummy’, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, ‘keghairahan’ berbuat demikian dikhuatiri akan mengganggu siasatan kes yang sedang dijalankan ketika ini.

Menurut Anuar, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua berhubung ...

Read More →
blank

Individu lelaki berpakaian wanita boleh disiasat mengikut Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA: Individu lelaki Muslim yang berpakaian wanita dalam sebuah acara hiburan pada Ahad lalu boleh disiasat dan dihukum mengikut Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau melihat jelas kemungkinan berlaku pelanggaran Seksyen 25 Akta Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan kerana kesalahan berpakaian seperti jantina lain.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga akan memanggil individu berkenaan dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

“Individu-individu berkenaan ...

Read More →
blank

JK Harmoni tidak bincang hal berkaitan dasar agama Islam

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) tidak membincangkan hal berkaitan dasar agama Islam.

Menurutnya, jawatankuasa itu sebaliknya mencari jalan dan memberikan pandangan kepada Kabinet tentang kaedah terbaik memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang agama di negara ini.

“Perkara itu selaras dengan fungsi utama penubuhan JK HARMONI iaitu secara bersama mencari nilai baik dalam setiap agama dan mengadakan aktiviti berunsur kesedaran serta keharmonian antara penganut agama demi manfaat ...

Read More →
Page 554 of 2,196 «...530540550552553554555556...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X