KUALA LUMPUR: Deretan projek perumahan bertingkat yang tumbuh ‘bagai cendawan selepas hujan’ di sekitar Cheras, khususnya Bandar Sri Permaisuri di sini, tidak lagi menggambarkan kemajuan.
Sebaliknya, ia mendatangkan beban kepada penduduk apabila isu kekurangan tempat letak kenderaan terus membelenggu kehidupan harian mereka.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kepadatan penduduk di kawasan seperti Pangsapuri Sri Penara dan Pangsapuri Cendana semakin meruncing, namun kemudahan asas seperti parkir kenderaan tidak dibangunkan secara seimbang.
Seorang pesara, Tarmizi Sanusi, 68, yang menetap di Pangsapuri Sri Penara berkata, masalah ...