IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia di Pulau Pinang petang tadi, akan dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd. Azlan Helmi Helmi berkata, keperibadian Allahyarham yang mudah didampingi bukan sahaja disenangi penduduk di kawasan malah dalam kalangan rakan politik.
Katanya, sebagai salah seorang exco kerajaan negeri, beliau mengakui mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham.
“Secara peribadi saya mengenali Allahyarham sebagai seorang yang peramah, periang, mudah didekati dan tidak terlalu ...