Suami kepada pelakon dan bekas model Zahnita Wilson iaitu Abd Zackery Ghouse nekad untuk mempertahan dirinya di mahkamah.
Memetik HibGlam, Zackery berkata dia menerima pelbagai tohmahan netizen susulan pelbagai dakwaan yang dilaporkan dalam kes melibatkan dirinya dengan Zahnita.
“Saya adalah ayah, saya melindungi anak-anak saya dan juga anak bongsu saya,” katanya.
Semalam, suami Zahnita membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan bekas pelakon dan model itu.
Zackery mendakwa tuduhan dia memukul Zahnita tidak benar sebaliknya dia mempertahan diri daripada perlakuan ...