IPOH: Seorang wanita warga emas kerugian RM3,000 selepas rantai tangan emasnya diragut penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan di hadapan rumahnya di Bandar Seri Botani, dekat sini hari ini
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun mengalami luka dan lebam di bahagian lengan, lutut dan dahi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 1.35 petang.
Katanya, ketika kejadian mangsa yang berada di sisi sebuah kereta telah dipukul ...