Meskipun namanya ‘dipetik’ dalam video parodi pempengaruh kontroversi Imran Bard, pelakon Zulin Aziz dipuji kerana tidak melatah ataupun melenting.
Difahamkan, Imran ada membuat satu video parodi seolah-olah menjadi juri dalam sebuah pertandingan realiti dan mengkritik vokal Zulin yang dianggapnya tidak bagus.
Zulin kemudian dilihat meninggalkan komen berseloroh di video parodi tersebut.
Komen Zulin itu kemudian mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata memuji sikap pelakon itu ...