IPOH: IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memantau cubaan oleh mana-mana individu atau pihak yang membuat tular kononnya berlaku kebocoran kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata semua tindakan yang tidak betul akan dipantau dan sekiranya dibuktikan berlaku, mereka akan diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
“Isu reseat (menduduki semula peperiksaan) tidak wujud seperti saya katakan iaitu dakwaan (kebocoran) adalah tidak benar. Kepada para pelajar, jangan bimbang sebaliknya fokus kepada kertas-kertas yang akan datang dan buat ...