Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang berlaku lapan tahun lalu.
Panel tiga hakim, diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, menerima rayuan akhir kesemua perayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Penjawat awam Perlis balik awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan
KANGAR: Kerajaan negeri mengumumkan waktu bekerja penjawat awam di Perlis pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, Waktu Bekerja Fleksi (WBF) Ramadan bagi penjawat awam di Perlis ini akan diperincikan melalui arahan lanjut oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Rahimi Ismail dalam masa terdekat.
Katanya, bagi pelaksanaan itu, semua ketua jabatan bertanggungjawab memastikan urusan perkhidmatan termasuk perkhidmatan kaunter berjalan lancar dan tidak terjejas.
“Sebagai kerajaan negeri yang prihatin ...

Penjawat awam Selangor pulang 30 minit awal
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menetapkan waktu pulang bagi kakitangan awam kerajaan negeri sepanjang bulan Ramadan bermula pukul 4 hingga 5.30 petang bergantung kepada tempoh sembilan jam bekerja.
Oleh demikian, waktu rehat dipendekkan 30 minit iaitu bermula pukul 1 hingga 1.30 tengah hari pada Isnin hingga Khamis, bagi Jumaat pula waktu rehat kekal bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 12.30 petang.
Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, sementara waktu masuk bekerja pula antara pukul 7.30 hingga 9 ...

Empat Bulan Di Penjara, Eda Ezrin Turun Berat Badan, Faham Bahasa Thailand
Sudah empat bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat, penyanyi tersohor Kelantan, Eda Ezrin berkata dia mengalami penurunan berat badan dan tidak lena tidur.
Memetik Sinar Harian, Eda berkata setiap hari dia memikirkan mengenai hari keputusan perbicaraan pada 6 Mac ini dan menunaikan solat hajat agar dipermudahkan urusan.
BACA: Penyanyi Bae Soba Bae & 5 Yang Lain Mengaku Ambil Dadah, Tapi Tidak Memiliki
“Setiap malam saya solat sunat hajat memohon pertolongan Allah untuk memudahkan urusan,” katanya.
Sementara itu, ibu kepada ...

Majlis Media Malaysia Perkasa Kebebasan Dan Akauntabiliti Media
Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 merupakan peristiwa penting yang akan memperkasakan kebebasan dan akauntabiliti media negara ini.
Dengan kewujudan MMM, profesionalisme pengamal media ditingkatkan sekaligus memberi jaminan kepada masyarakat bahawa etika kewartawanan akan terus dipelihara.
Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA), Ronnie Teo berkata, hal ini kerana pengamal media akan dipastikan mematuhi piawaian kelakuan tertinggi, menjaga kepercayaan orang ramai dan integriti profesion.


Tutup Wajah Anak, Sufi Rashid Nafi Ada Kaitan Dengan Penyakit Ain – “Tiada Kena Mengena Pun..”
Penyanyi, Sufi Rashid menjelaskan pilihannya untuk menutup wajah anaknya dalam media sosial bukanlah disebabkan oleh penyakit ain.
Sebaliknya, Sufi atau nama lengkapnya Muhammad Sufi Rashid hanya mahu menjaga hati rakannya yang lain yang masih belum memiliki cahaya mata.
Read More →

“Sudah Selesai, Tutup Buku” – Menteri Agama Sahkan Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Bersalah Berkhalwat
Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar tampil mengesahkan bahawa kes khalwat membabitkan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.
Menurut beliau, kedua-duanya menarik balik pengakuan tidak bersalah dan mengaku berbuat perbuatan memalukan itu dalam satu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, 21 Februari lalu.
Read More →

Wabak Mpox kekal darurat kesihatan awam

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan virus Mpox kekal sebagai kecemasan kesihatan awam di peringkat antarabangsa selepas mendapati wabak itu masih memerlukan tahap amaran tertinggi, dengan kes terus meningkat dan penyebaran semakin meluas. Menurut kenyataan WHO, peningkatan kes Mpox masih memenuhi kriteria sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa (PHEIC). Jawatankuasa Kecemasan mengenai Mpox mengadakan … Read More →

Nora Danish rancang majlis ilmu di rumah baharu
PERJUANGAN pelakon, Nora Danish, untuk mendapatkan kediaman sendiri yang selesa penuh onak liku apabila pernah ditipu seorang kontraktor yang gagal menyiapkan projek ubah suai dalam tempoh dijanjikan.
Selama empat bulan Nora bagai hidup merempat kadang tidur di rumah ibu atau hotel bersama anak-anak. Baju-baju pula terpaksa diletakkan di dalam beg IKEA bagi memudahkan proses berpindah. Jika mahu mencari pakaian perlu korek satu per satu.
Kini, hampir setahun sudah berlalu daripada kejadian yang menyesakkan itu. Pelakon Sayu Yang Syukur itu ...

MBSB catat untung sebelum cukai RM586.3 juta, melonjak hampir 200%
PETALING JAYA: MBSB Berhad mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM586.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 2024, melonjak 185.6 peratus berbanding PBT teras tahun sebelumnya sebanyak RM205.3 juta (tidak termasuk keuntungan sekali sahaja daripada pemerolehan MIDF pada 2023).
Pencapaian ini mengukuhkan lagi daya saing dan pertumbuhan MBSB.
Jika mengambil kira keuntungan daripada pemerolehan MIDF tahun lalu, PBT meningkat kepada 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala Margin Keuntungan Bersih naik dari 1.8 peratus kepada 2.4 peratus.
Dari segi pendapatan, MBSB mencatat pertumbuhan kukuh ...