Ramai yang gembira melihat hubungan baik pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish, malah kedua mereka juga dilihat bergambar bersama anak-anak.
Memetik HibGlam, Fasha berkata hanya mengekalkan keharmonian bersama Nora apatah lagi anak-anak mereka tetap adik beradik.
“Nora merupakan ibu kepada Rayqal yang merupakan abang sulung kepada anak-anak saya iaitu Rayfal dan Jemyma. Seronok bila masing-masing teruskan kehidupan yang lebih harmoni.
“Saya sangat tersentuh dan terharu apabila anak saya beritahu yang Rayqal masih menganggap saya sebagai ibu tirinya biarpun saya sudah tiada ...