DUNGUN: Polis melarang orang ramai menjalankan aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir pantai di daerah ini kerana aspek keselamatan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan ombak besar dan angin kencang yang melanda ketika musim tengkujuh.
“Pesisir pantai daerah ini berisiko tinggi ekoran arus kuat dengan kelajuan angin 60 kilometer per jam serta ketinggian ombak 4.4 meter serta perubahan cuaca yang tidak menentu. Polis memandang serius perkara ini dan larangan ini juga bertujuan ...