Blog

Polis larang cari kerang di pantai Dungun

DUNGUN: Polis melarang orang ramai menjalankan aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir pantai di daerah ini kerana aspek keselamatan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, larangan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan ombak besar dan angin kencang yang melanda ketika musim tengkujuh.

“Pesisir pantai daerah ini berisiko tinggi ekoran arus kuat dengan kelajuan angin 60 kilometer per jam serta ketinggian ombak 4.4 meter serta perubahan cuaca yang tidak menentu. Polis memandang serius perkara ini dan larangan ini juga bertujuan ...

Read More →

Pengarah agensi umrah ditahan polis

KUALA LUMPUR: Pengarah urusan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kegagalan menghantar kumpulan jemaah menunaikan umrah seperti dijanjikan.

Lelaki tersebut ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor pada pukul 6.45 petang sejurus selepas mengadakan sidang media dan perjumpaan dengan jemaah yang terjejas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan itu dilakukan susulan laporan polis dibuat oleh beberapa jemaah yang mendakwa penerbangan mereka tidak diteruskan seperti dijanjikan.

“Polis turut merampas beberapa dokumen penting ...

Read More →
blank

Lima Kali Czer, Jamal Abdillah & Isteri ‘Tutup Kilang’, Buat Keputusan Ikat Peranakan

Baru saja menimang cahaya mata ketujuh, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia dan isterinya Datin Zai Izzati membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’.

Memetik Astro Gempak, Jamal berkata dia dan isteri membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL).

“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salut peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.

“Saya rasa dah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara czer sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut ...

Read More →
blank

Artis Wanita Popular Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami?

Tahun 2024 boleh dikatakan banyak rumah tangga selebriti Malaysia runtuh serta berakhir dengan perceraian sekaligus mengejutkan ramai peminat.

Sudah memasuki tahun baru, mereka yang bercerai tahun lalu dilihat sudah pun move on dengan kehidupan baru, malah ada pasangan yang dikhabarkan telah rujuk semula.

Artis tersebut juga kelihatan ceria dan berseri-seri serta bahagia seperti orang sedang hangat bercinta. Jika benar perkhabaran tersebut, semoga rumah tangga selebriti itu kekal bahagia hingga ke syurga.

SUMBER: Kosmo