Seorang wanita warga emas maut dengan kesan terbakar di sebuah rumah di Jalan Tok Keling, Alor Setar semalam dipercayai dibunuh oleh anaknya selepas berlaku pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Setar mendapat panggilan memaklumkan tentang kejadian lelaki mengamuk pada jam 7.48 pagi.
Polis yang tiba di lokasi kejadian membuat tangkapan terhadap suspek yang dikatakan mengamuk sebagaimana dilaporkan dan menemukan mayat dalam keadaan terbakar di ...