RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang bertindak sebagai penghantar sekali gus menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok durian belanda dan pokok bonsai dalam serbuan bersaingan di sini semalam.
Serbuan sekitar 10 hingga 11 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan selepas anggota PGA menahan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Derdap dan Kubang Rambutan di sini.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kedua-dua suspek yang ditangkap itu masing-masing ...