Isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz telah mengesahkan suaminya akan berkahwin lagi.
Dia telah mengizinkan Azlan berkahwin lagi kerana menghormati dan menyayangi suaminya.
Read More →

Jangan pertikai, buat andaian terhadap kes Ismail Sabri – PM
PETALING JAYA: Tiada pihak yang boleh mempertikaikan sebarang proses siasatan terhadap salah laku mana-mana pemimpin yang disyaki terlibat dengan penyelewengan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan mempersoal proses siasatan jelas melanggar prinsip tatakelola yang ditekankan Kerajaan Perpaduan sebelum ini.
Katanya, justeru semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan tidak membuat sebarang andaian berkaitan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Biarkan proses (siasatan) berjalan. Kita di sini tidak boleh ...

Jabatan Kehakiman AS, bangunan FBI mungkin dijual

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mempertimbangkan untuk menjual beberapa hartanah kerajaan Amerika Syarikat (AS) paling ikonik, termasuk ibu pejabat Jabatan Kehakiman, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan bangunan yang menempatkan hotel mewah Trump. Pentadbiran Perkhidmatan Am (GSA), yang menguruskan hartanah persekutuan, mengenal pasti 443 hartanah berjumlah lebih 80 juta kaki persegi yang bukan teras kepada operasi … Read More →

“Jantina Anak Kau Tahu Tak? Barang Anak Satu Apa Pun Tak Ada Lagi”
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara mendakwa Shuk terlalu sibuk berniaga sehinggakan dia masuk hospital suaminya tidak kelihatan.
BACA: Fara Salleh Fail Cerai, Shuk Sahar Asyik Lebihkan Kawan
Sementara itu, Fara seolah memberi bayangan bahawa suaminya tidak tahu mengenai jantina anak mereka yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Read More →

“Rezeki Mak Saya Kahwin Baru”
Anak kepada usahawan Rozita Ibrahim iaitu Nur Ain Sufiah akhirnya mengesahkan desas desus bahawa ibunya sudah pun berkahwin baru.
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ain berkata pernikahan ibunya berlangsung mengikut hukum syarak serta meminta netizen supaya tidak mengecam secara berlebihan.
BACA: “10 Malam Terakhir Lailatul Qadar Kamu Lancar Video Lagu Tak Berakhlak” – Bonda Rozita
Menurutnya lagi, mereka sekeluarga menerima baik perkahwinan ibunya itu serta meminta orang luar tidak perlu bimbang.
...

Penjawat awam Perak terima bantuan khas raya RM1,500
IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas raya 2025 sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah itu adalah meningkat berbanding RM1,000 yang diberikan pada tahun lalu.
Beliau mengucapkan penghargaan kepada jentera pentadbiran negeri melalui kawal selia kewangan yang baik termasuk merekodkan lebihan pendapatan atau surplus selama tiga tahun berturut-turut.
“Jadi semua ini adalah merupakan rahmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Alhamdulillah negeri kita ada sumber, ada mineral, ada unsur nadir bumi bukan ...

Tracie Sinidol, Mira Filzah Diminta Buat Ujian DNA, Wajah Terlalu Seiras
Memiliki rupa paras yang dikatakan seiras, pelakon sedang meningkat naik, Tracie Sinidol, mendedahkan bahawa ada peminat yang mencadangkannya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengetahui sama ada dia mempunyai pertalian darah dengan aktres Mira Filzah.
Tracie, 23, menganggap permintaan itu sekadar gurauan daripada peminat yang teruja melihat persamaan antara dirinya dan Mira.
Read More →

“Saya Tak Bersedia Ke Penjara”
Penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin berkata dia tidak bersedia ke penjara ketika ditemui di Penjara Wilayah Narathiwat, baru-baru ini.
Memetik Sinar Harian, nasib Eda bersama suami serta empat rakan mereka akan diketahui hari ini apabila Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan 6 Mac sebagai tarikh keputusan kes.
BACA: Eda Ezrin Minta Buat Solat Hajat Agar Hukuman Diringankan
Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagi ‘Bae Sobar Bea itu yakin akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat.
“Saya tidak bersedia ke penjara. ...

Pastikan yang benar-benar layak beli beras subsidi
KANGAR: Para peniaga makanan khususnya diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan ‘mengangkut’ beras putih tempatan (BPT) bersubsidi dengan pembelian berulang kali bagi memastikan bekalan berkenaan benar-benar dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak.
Pada masa ini, pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, beras tempatan bersubsidi berharga RM26 bagi berat 10 kilogram (kg) itu dibenarkan dibeli dua kampit untuk seorang mewakili keluarga, namun tidak ada mekanisme bagi mengetahui mereka benar-benar susah atau dalam golongan B40.
Ia sekali gus membuka ruang kepada sesiapa sahaja membeli beras berkenaan ...

Sewa tapak murah pastikan peniaga tidak naik harga makanan
KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengenakan sewa tapak bazar Ramadan pada kadar yang cukup murah bagi memastikan para peniaga menawarkan makanan pada harga berpatutan.
Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth berkata, sewa tapak lot bazar RM10 sehari itu sangat murah dan ia hanya sebagai bayaran pengurusan sampah dan kebersihan.
Katanya, langkah MPK mengawal harga sewa lot tapak bazar di bawah seliaan majlis itu adalah bagi membolehkan peniaga turut menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan sepanjang Ramadan ini.
“Konsep MPK adalah kita tak niaga gerai, ...