Didakwa hidup mewah kerana dibela orang kenamaan (VIP), pelakon Scha Elinnea menafikan tuduhan berkenaan serta tidak pernah terlibat dengan perkara sedemikian.
Memetik Kosmo, Scha berkata dia wanita berdikari serta mempunyai kerjaya sendiri tanpa perlu mengharapkan ditanggung oleh orang lain.
Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata dia tidak berbuat demikian apatah lagi memberikan wang dari sumber yang haram kepada ibu bapanya.
“Saya masih ada ibu dan bapa. Sebagai anak takkanlah saya nak bagi duit daripada sumber yang haram kepada ibu bapa ...