Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa sijil nikah anak seorang menteri Kabinet yang berkahwin di negara jiran September lalu adalah sah.
Katanya, sijil nikah itu telah disemak dan diperakui sah dari negara jiran dan hasil siasatan mendapati pasangan terbabit bercinta dan mahu mendirikan rumah tangga namun ada halangan.

Anugerah MiSHA 2024 iktiraf industri keselamatan dan kesihatan pekerjaan
KUALA LUMPUR: Majlis Anugerah MiSHA 2024 meraikan pencapaian cemerlang organisasi serta individu dalam sektor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di Malaysia.
Majlis dianjurkan oleh Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) dan menyaksikan penyertaan lebih 150 organisasi dari pelbagai sektor yang telah berjaya mengangkat standard keselamatan tempat kerja menerusi inovasi dan kepimpinan.
Presiden MiSHA, Aziz Basiran berkata, penganjuran ini menjadi platform untuk memupuk jaringan kerjasama antara pemimpin industri dan pemain utama dalam bidang keselamatan pekerjaan.
Katanya, ia bukan sahaja bertujuan memberi penghargaan, ...

JDT hampiri final Piala Malaysia, benam Terengganu 4-0
KUALA TERENGGANU: Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di landasan terbaik untuk mempertahan kejuaraan Piala Malaysia selepas menundukkan Terengganu FC (TFC) 4-0 dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam ini.
Dua jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi dan masing-masing satu oleh Romel Morales dan Bergson da Silva di gelanggang lawan memberi kelebihan cukup besar kepada penyandang juara itu untuk melayan kunjungan TFC dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), 1 Februari ini.
Keputusan itu ...

Raf Yaakob Tak Serik Untuk Kahwin Lagi, Mahu Cari Isteri Ikut Seperti Dalam Al-Quran
Selebriti dan juga ahli perniagaan, Raf Yaakob berkata dia tidak menolak jodoh andai ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga.
Memetik Astro Gempak, Raf bagaimanapun berkata dia perlu lebih cerewert dalam mencari pasangan selepas ini seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.
Sementara itu, Raf berkata dia mengakui ada berkawan namun tidak lebih daripada itu dan setakat ini hatinya belum lagi diisi dengan mana-mana wanita.
“Tetapi saya mengaku, saya ada berkawan. Cuma sekadar berkawan dan tidak lebih. Jika ada pun seperti saya kata ...

“Nak ‘Request’ Versi ‘Duet’ Dengan Kak Ya Boleh?” – Komen Fattah Amin Di TikTok Raih Perhatian Netizen
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila penyanyi, Amira Othman dan pelakon, Fattah Amin didakwa mempunyai hubungan yang istimewa.
Susulan itu, penyanyi tersebut tampil menjelaskan bahawa semua itu adalah gimik semata-mata bagi mempromosikan lagu terbarunya yang berjudul ‘Bila Nak Kahwin?’.
Read More →

“Panjang Tangan, Menipu, Suka Tabur Fitnah” – Ozlynn Buang Pembantu ‘Toksik’ Dari Rumah
Pelakon Ozlynn baru-baru ini ada berkongsi mengenai kisah dia memulangkan kembali pembantu rumah ‘toksik’ kepada pihak ejen.
Dalam hantaran media sosial itu, Ozlynn berkata dia telah memantau gerak-geri pembantu rumah itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sejak beberapa bulan yang lalu.
Alhamdulillah, salah seorang bibik kami yang sangat toksik ...

Pemukiman Menteri Luar corak hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN
LANGKAWI: Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) selama dua hari yang bermula esok amat penting kerana ianya akan mencorakkan hala tuju Sidang Kemuncak ASEAN melibatkan ketua-ketua negara pada Mei dan Oktober depan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebarang persetujuan di peringkat pegawai kanan kerajaan akan dibawa ke peringkat menteri-menteri untuk perbincangan lanjut.
“Di situ nanti kami menteri-menteri akan berbincang dan membuat cadangan serta memanjangkan apa yang telah dipersetujui di peringkat menteri untuk dibawa ke ...

Tiada sekatan buat mana-mana pelabur ke negeri pembangkang
KANGAR: Kerajaan tidak menyekat mana-mana pihak berhasrat melakukan pelaburan di negeri-negeri termasuk di bawah pembangkang.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata, namun begitu, kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bekerjasama bagi memudah cara urusan pelaburan tersebut yang bakal membawa faedah buat rakyat.
Beliau berkata, kerajaan menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia membantu khususnya dalam aspek pengesahan sebelum rundingan bersama dengan wakil tempatan.
“Sekarang ini momentum dan kestabilan kerajaan kita berada pada tahap baik ...

“Takkan Nak Bagi Ibu Bapa Duit Haram”
Didakwa hidup mewah kerana dibela orang kenamaan (VIP), pelakon Scha Elinnea menafikan tuduhan berkenaan serta tidak pernah terlibat dengan perkara sedemikian.
Memetik Kosmo, Scha berkata dia wanita berdikari serta mempunyai kerjaya sendiri tanpa perlu mengharapkan ditanggung oleh orang lain.
Sementara itu, pelakon berusia 26 tahun itu berkata dia tidak berbuat demikian apatah lagi memberikan wang dari sumber yang haram kepada ibu bapanya.
“Saya masih ada ibu dan bapa. Sebagai anak takkanlah saya nak bagi duit daripada sumber yang haram kepada ibu bapa ...

Opai Mengaku ‘Multimillionaire’, Yakin Tak Akan Jumpa Wanita Lebih Kaya
Baru-baru ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai atau nama sebenarnya Alif Awang menjadi perhatian ramai apabila muncul dalam satu temu bual.
Video yang dimuat naik di TikTok @averagemalaysians, Opai ditanya sama ada ingin ‘dating’ dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih tinggi darinya.
Bagaimanapun, Opai berkata dia tidak akan berjumpa dengan wanita yang mempunyai pendapatan lebih daripadanya.
“Saya seorang jutawan dan memiliki tiga buah ‘supercars’. Saya mungkin akan dating dengannya tetapi saya tidak tahu adakah saya akan menemui wanita yang mempunyai ...