SEREMBAN: Dua orang remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang gagal berhenti di lampu isyarat merah dalam nahas di Jalan Persiaran Senawang 1, berhampiran Taman Matahari Height, Senawang di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kereta dan dua buah motosikal.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz y dipandu ...