PETALING JAYA: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menumpaskan aktiviti penyimpanan serta penjualan mercun dan bunga api tanpa permit serta rokok tidak berkastam bernilai RM45 juta.
Pengarahnya, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, JKDNKA melaksanakan dua operasi berasingan di Klang, kelmarin dan Rawang semalam menerusi Op Taring.
Menurutnya, dalam operasi di Kapar, Klang dekat sini, semalam, pasukan serbuan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit dengan nilai keseluruhan RM32.2 juta.
“Seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai bertanggungjawab ke ...