KUANTAN: Pengunjung Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini berpeluang memenangi sebuah kereta jenis Perodua Axia bernilai RM24,000 dengan hanya berbelanja serendah RM100 di bazar terbabit.
Penganjur bazar daripada Mitashamika Resources, Shafieq Johari berkata, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah motosikal, barangan elektrik dan pelbagai hadiah menarik yang keseluruhannya berjumlah RM40,000.
Beliau berkata, setiap satu hadiah pihaknya akan mencabut satu nama pada setiap hari Sabtu yang terdiri daripada salah seorang daripada sasaran 10,000 ke 15,000 pengunjungnya sebagai ...