KLUANG: Walaupun sudah seminggu banjir yang berlaku di daerah Kluang telah berakhir, namun tempiasnya masih dirasai penduduk apabila air Sungai Kahang masih tinggi.
Akibat masalah itu, para pengusaha bot memancing sepanjang sungai berkenaan terjejas teruk kerana terputus punca pendapatan apabila tidak dapat menyewakan bot kepada pelanggan kerana semua jeti masih ditenggelami air.
Pengusaha bot di Jeti Lubuk Pungkur, Osman Manap, 55, berkata, fenomena ini terpaksa dihadapi mereka sekurang-kurangnya dalam tempoh antara empat hingga enam minggu setiap kali banjir berlaku di Kahang.
Katanya, ...