KAJANG: Polisi dan garis panduan baharu berhubung penggunaan soket elektrik tiga pin serta pengecas mudah alih USB dalam bas ekspres masih di peringkat pembangunan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini larangan penggunaannya masih berkuat kuasa sehingga garis panduan baharu dimuktamadkan.
Menurutnya, kementerian sedang bekerjasama dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi memastikan aspek keselamatan dipatuhi sebelum membenarkan penggunaannya semula.
“Ia masih tidak dibenarkan kerana kita sedang membangunkan garis panduan ...