PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas seramai enam individu dipercayai terlibat mempromosikan dakyah kongsi gelap di platform Tiktok di sekitar daerah Selangor baru-baru ini.
Kesemua tangkapan berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi khas dijalankan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Kontinjen Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan membabitkan seorang ditahan oleh Ibu pejabat Polis (IPD) Daerah Klang Selatan; IPD Kajang (2); seorang di IPD Ampang, ...