Difahamkan dari laporan The Edge, projek kediaman pertama Sime Darby Property Bhd yang merupakan rumah mampu milik teres setingkat telah mendapat sambutan hangat selepas 118 unit habis terjual dalam masa beberapa jam selepas pelancaran Sabtu lalu.
Rumah tersebut menjadi rebutan ramai kerana harga yang dijual bermula dari RM420,888 dengan keluasan binaan antara 1010 hingga 1138 kaki persegi.