SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meraikan 600 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.
Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM.
Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, kira-kira pukul 6.30 petang.
Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM6,000 ...