PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi berpendapat cadangan untuk menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sejajar dengan kenaikan gaji minimum pekerja sekarang.
Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Afzanizam Abdul Rashid berkata, cadangan menaikkan caruman KWSP wajar diperhalusi mengambil kira kenaikan gaji minimum, rasionalisasi subsidi dan tarif elektrik oleh kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Untuk itu beliau menyarankan pihak kerajaan mengadakan sesi libat urus dengan para majikan bagi mendapat gambaran lebih jelas sekiranya kenaikan itu ...