KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan peruntukan berjumlah RM1.85 juta bagi membantu pesakit yang memerlukan di 14 hospital dan pusat perubatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, dana itu akan digunakan untuk membantu meringankan beban pesakit termasuk pembayaran bil rawatan, kos ubatan dan keperluan lain yang berkaitan.
“MAIWP turut menyediakan sebuah Coaster Bus bernilai RM229,000 kepada Hospital Kuala Lumpur bagi kegunaan pesakit dan waris,” katanya pada sidang akhbar Majlis Sumbangan ...