PETALING JAYA: Penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris mendedahkan dia pernah mengalami fasa kemurungan di saat dirinya berasa tiada nilai untuk berada dalam industri seni.
Menurut Noraniza atau mesra disapa sebagai Ani, episod hitam itu membuatkan dirinya hampir menamatkan riwayat hidupnya sendiri kerana ketagih dengan pengambilan ubat secara berlebihan.
“Ketika kita berada dalam keadaan tidak stabil, jangan terus duduk dalam keadaan itu kerana perkara itu boleh buat kita berasa tiada nilai diri.
“Saya pernah rasa mahu bunuh diri kerana terlalu melayan ...