MELAKA: Seorang wanita obesiti seberat 160 kilogram (kg) mengalami kesukaran bernafas di kediamannya di Taman Rambai Jaya di sini, hari ini sebelum dibantu anggota bomba dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 dan segera menggerakkan jentera ke lokasi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Noor Hafizah Mohammed, seramai tujuh anggota termasuk lima daripada unit Fire Rescue Tender (FRT) dan dua anggota lori ...