PETALING JAYA: Proses permohonan permit masuk khususnya bagi kategori pasangan kepada warganegara untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (MYPR) kini dalam fasa penambahbaikan dan akan dikuatkuasakan pada 31 September ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan, penambahbaikan itu selari dengan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan dasar-dasar yang adil dan efisien dilaksanakan demi kebajikan semua pihak.
Antara langkah utama yang digariskan ialah Penyelarasan Tempoh Perkahwinan Pasangan kepada warganegara yang memohon Permit Masuk perlu mencapai tempoh minimum tiga tahun perkahwinan dan memegang Pas ...