LIPIS: Seorang penduduk Orang Asli menanggung kerugian hampir RM30,000 apabila rumahnya dirosakkan kawanan gajah liar di Kampung Tew Kenrok, Pos Betau di sini awal pagi hari ini.
Penduduk terbabit, Husin Bah Nap, 45, berkata, dalam kejadian pukul 3 pagi itu, kawanan gajah liar menceroboh ke kawasan halaman rumah dan merobohkan dinding dua buah bilik kediaman tersebut yang baharu sahaja siap dibina tahun ini.
“Mujur ketika kejadian, saya dan isteri tiada di rumah kerana ada urusan penting di Pos Betau dan apabila ...