Blog

Penjaja di Kelantan diwajibkan carum Perkeso

TUMPAT: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mewajibkan penjaja mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) sekiranya mahu memohon lesen perniagaan.

Pengarahnya, Nora Yaakob berkata, perbincangan berhubung perkara itu sudah dijalankan dan Perkeso Kelantan sedang mengenal pasti jumlah penjaja di negeri ini.

Menurutnya, Perkeso meletakkan syarat wajib supaya penjaja dilindungi jika berlaku kemalangan di tempat kerja.

“Jika mahu lesen PBT, penjaja wajib mencarum SKSPS dan kita sedang mengenal pasti penjaja ...

Read More →

Barcelona baham Real Madrid 4-0

MADRID: Robert Lewandowski menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit untuk membantu Barcelona membenam Real Madrid 4-0 dalam pertembungan el Classico sekali gus merobek rekod penyandang juara La Liga itu musim ini. Pemain remaja Barca, Lamine Yamal dan Raphinha melengkapkan dua gol lagi, manakala bintang Real Madrid, Kylian Mbappe terpaksa menelan kecewa selepas dua jaringannya … Read More →

‘Kami sudah tiada ayah dan ibu’

HULU TERENGGANU: Anak kedua pasangan suami isteri yang maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 86, Jalan Gua Musang -Lojing, Gua Musang, Kelantan, kelmarin tidak mengetahui ibu dan bapanya bercuti ke Cameron Highlands, Pahang. Nur Jihan Irdina Mohd. Junaizi, 13, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa bapanya, Mohd. Junaizi Jusoh, 48; ibu, Shazwani Ismail, 39; abangnya, … Read More →

‘Tidak bermalam petanda dia hendak pergi’

KUANTAN: “Mungkin ajal sudah ‘panggil’, sebab itu mereka tidak boleh tidur hotel dan kena balik segera.” Demikian kata ibu kepada Mohd. Fadli Mohd. Abidin, 42, lelaki yang maut bersama isterinya dalam kemalangan membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dan jentera pengorek tanah yang diletakkan di bahu jalan, berhampiran Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Batu 10 … Read More →

Othman Hafsham terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024

PUTRAJAYA : Pengarah bertaraf legenda, Othman Hafsham dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Turut dikenali sebagai perintis sitkom Malaysia, Othman yang berusia 86 tahun telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, barangan kemas bernilai RM30,000, sebuah kereta jenama Proton S70 serta trofi.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Fahmi Fadzil.

Menurut Othman, pengiktirafan yang diterimanya itu diharapkan dapat ...

Read More →

Tindakan kibar bendera China tidak masuk akal

KUALA LUMPUR: Tindakan mengibarkan bendera negara China dianggap perkara tidak masuk akal selain mencemar kedaulatan negara.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Khairul Nadzir Helmi Azhar berkata, terdapat pihak turut dilihat sengaja mengaitkan dengan soal bangsa semata-mata membenarkan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Kita tidak berbicara soal bangsa dalam perkara ini, ini melibatkan soal kedaulatan negara, tindakan mengibarkan bendera negara luar itu merupakan perkara yang tidak masuk akal dan tidak dapat diterima.

“Malangnya, ada segelintir individu seolah membela tindakan itu, pada saya ...

Read More →

Isu kartel seleweng dana sekolah, SPRM tahan pegawai kanan PPD

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam rasuah membabitkan lantikan pembekal bahan mentah untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah di sekitar Kudat bernilai kira-kira RM600,000.

Kedua-dua suspek iaitu seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 40-an ditahan reman empat hari sehingga 30 Oktober ini.

Permohonan reman oleh SPRM itu dibuat dihadapan Penolong Kanan Pendaftar, Dzul Elmy Yunus di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini.

Difahamkan, kedua-dua suspek telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ...

Read More →

MAIWP peruntuk RM101,000 bantu penduduk Kampung Balik

ALOR GAJAH: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM101,000 kepada penduduk Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di sini menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung Santuni Madani.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd. Nizam Yahya berkata, ia bertujuan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tiada kampung tercicir  dalam mendapat limpahan pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara.

Menurutnya, peruntukan tersebut meliputi bantuan kepada masjid, surau, sekolah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), pelajar sekolah serta golongan asnaf.

Jelasnya, tumpuan ...

Read More →

“Saya Dah Tak Sekuat Dulu”

Meskipun sudah empat bulan tidak mampu bekerja akibat penyakit lemah jantung dan buah pinggang, pelakon Ebby Yus berjuang untuk meneruskan kehidupannya.

Memetik Kosmo, Ebby berkata dia sanggup menggadaikan lima keris koleksi peribadinya untuk menampung kelangsungan hidup.

“Penyakit lemah jantung yang saya hidapi sejak 2018 membuatkan tenaga saya tidak kuat dulu, tambah-tambah sekarang apabila saya kena mulakan rawatan dialisis pula akibat sakit buah pinggang.

“Dahulu saya sudah jual empat kereta, sekarang saya ada keris lama yang mempunyai nilai kepada pengumpul. Alhamdulillah, sedikit sebanyak ...

Read More →

Ina Naim Sahkan Bakal Nikah Dengan Duda Anak Dua

Balu kepada penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.

Memetik Harian Metro, Ina berkata dia tiada niat merahsiakan berita pernikahan tersebut dan majlis akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula. Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya.

Menurut Ina, bakal suami adalah peminat Allahyarham suaminya dan mendakwa mula mengenali ...

Read More →
Page 453 of 1,602 «...430440450451452453454455...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X