TOKYO: Jepun merancang untuk menempatkan peluru berpandu jarak jauh ke pulau selatannya, Kyushu, susulan kebimbangan terhadap pendirian pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dalam perjanjian keselamatan dan ketegangan serantau yang berterusan.
Peluru berpandu tersebut berupaya mencapai jarak 1,000 kilometer (km) iaitu sehingga ke Korea Utara dan kawasan pantai China yang akan ditempatkan di dua pangkalan dengan kubu peluru berpandu sedia ada di Kem Yufuin di Oita dan Kem Kengun di Kumamoto, tahun depan.
Sistem senjata baharu ini dilaporkan adalah versi terkini daripada peluru ...