PASIR MAS: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menaik taraf pusat tahanan reman (PTR) atau lokap di daerah ini sebagai Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) yang akan beroperasi pada April ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tranformasi DAC itu mampu mempercepatkan proses orang kena tuduh (OKT) yang terlibat dengan dadah untuk menerima rawatan dan pemulihan.
“Langkah itu merupakan satu usaha menambah baik fungsi PTR dengan menyediakan perkhidmatan saringan dan penilaian dadah.
“Doktor perubatan berdaftar, fasiliti lebih mesra, konduktif selain kompetensi ...