Blog

blank

Siap Lilit Nak Tunjuk Corak, Gelagat Ramli MS Tolong Alyah Promosi Tudung Cuit Hati Netizen – “Tok Ram Dah Rosakkkk”

Gelagat maestro muzik, Datuk Ramli MS bersama isterinya, penyanyi Alyah di TikTok mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat membantu mempromosikan tudung.

Menerusi video dikongsikan di TikTok, dia yang mesra dipanggil Tok Ram dilihat membuat aksi lucu dengan menyingsing lengan baju dan menolong Alyah untuk menunjukkan koleksi tudung milik penyanyi itu.

Dalam kesibukan membuat persiapan showcase, Alyah tetap tidak berehat untuk berniaga dan Tok Ram juga turut teruja menunjukkan satu per satu corak tudung tersebut.