KUALA LUMPUR: Pemimpin UMNO mengharapkan keputusan yang adil bagi pertuduhan yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Salleh berkata, beliau juga mahukan keputusan yang terbaik untuk bekas Presiden UMNO itu pada hari ini.
“Kita harapkan yang terbaik dan keadilan untuk beliau hari ini,” katanya ringkas sebaik sahaja tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi, di sini hari ini bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Mohd Noor Helmy.
Hari ini, Mahkamah Tinggi akan memutuskan sama ...