JOHOR BAHRU: Polis berjaya mendapatkan semula sebahagian wang tebusan bagi membebaskan seorang ahli perniagaan yang diculik pada 13 Oktober lalu, kira-kira RM7.2 juta.
Ahli perniagaan berusia 59 tahun itu diculik kira-kira pukul 5 pagi dan dibebaskan kumpulan penjenayah kira-kira pukul 12 tengah hari selepas memperoleh wang tebusan berjumlah RM20 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, jumlah wang yang diperoleh itu melibatkan bayaran dalam bentuk wang tunai dan mata wang kripto.
“Ia melibatkan wang ...