Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata sikapnya suka memujuk antara rahsia rumah tangganya mampu bertahan sehingga ke hari ini.
Memetik Media Hiburan, Yusof berkata setiap rumah tangga sudah pasti ada krisis namun tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan dan tidak bermakna memujuk itu tanda kalah.
“Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia seperti tiada kesudahan. Ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk.
“Tiada hubungan yang sentiasa tenang. Ada masa kita bertekak dan merajuk. Namun, ...