Blog

Perseteruan Martin, Bagnaia semakin hangat

KUALA LUMPUR: Perseteruan Jorge Martin dan Francesco Bagnaia yang akan berentap di litar Sepang, minggu ini kian hangat apabila gelaran juara dunia berkemungkinan akan menjadi milik Martin.

Martin yang berkelebihan sebanyak 17 mata menjelang baki dua pusingan terakhir, sedang bekerja keras untuk merangkul gelaran pertamanya sebagai penunggang Ducati Pramac.

Juara berganda, Bagnaia menegtahui bahawa beliau tidak seharusnya membuat kesilapan dan pesaingnya mengikut perkiraan matematik boleh mengesahkan kejuaraannya di Malaysia.

Martin yang mengalami beberapa saat yang mencemaskan ketika di Grand Prix (GP) Thailand, ...

Read More →

Tambah baik pengurusan, infrastruktur, kurangkan risiko banjir

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa digesa fokus dalam menambah baik pelan pengurusan risiko banjir berikutan keadaan yang kritikal ketika ini kerana empangan sedia ada tidak lagi mampu menampung limpahan air akibat hujan lebat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Datin Sri Rahayu Tajuddin berkata, pelan pengurusan perlu bersifat komprehensif meliputi program mitigasi mengawal bencana alam seperti Prosedur Operasi Standard (SOP) arahan banjir dan pemetaan.

Menurutnya, pelan pengurusan itu juga perlu membabitkan perancangan penempatan semula yang perlu disusun dengan lebih rapi.

“Banjir merupakan fenomena ...

Read More →

Upin Ipin ‘Mendunia’! Pelajar Sekolah Korea Selatan Dah Hafal ‘Tagline Dua Singgit’ Watak Mael

Rancangan animasi kartun Upin Ipin sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia dan juga telah terkenal di rantau Indonesia.

Namun, siapa sangka kartun animasi dua beradik popular itu sudah pun ‘merantau’ ke negara Korea Selatan pula?

Seperti satu video yang tular ini, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah di negara Korea Selatan sedang asyik menonton siri animasi Upin Ipin di dalam kelas.

Apa yang paling mencuit hati adalah apabila para ...

Read More →

The Grand Dames Golf bela nasib pemain veteran golf wanita

KUALA LUMPUR: Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani akan memeriahkan Kejohanan The Grand Dames of Golf 2024 yang akan berlangsung untuk julung kalinya pada 28 November ini di The Mines Golf Resort Club.

Kejohanan ini dibuka kepada pemain golf wanita yang berusia 50 tahun ke atas dan menjangkakan seramai 100 orang peserta akan bersaing pada pertandingan terbabit.

Pengerusi Women In Golf Charter (WIGC), Datuk Merina Gan berkata, kejohanan ini berfungsi untuk mempromosikan sukan golf dalam kalangan wanita dari semua ...

Read More →

Hanya perselisihan faham kecil – Farid Kamil

KUANG: Pelakon, Farid Kamil, menyifatkan pergolakan yang menimpa rumah tangganya hanyalah sekadar perselisihan faham yang biasa dihadapi pasangan suami isteri.

Justeru, pelakon berusia 43 tahun itu, yang ditemui pada sesi penggambaran filem Bisikan Dosa malam tadi itu menganggap situasi tersebut sebagai isu yang tidak perlu diperbesarkan.

“Ia hanyalah perselisihan faham kecil, apa pun saya ambil positif terhadap apa yang berlaku.

“Keadaan saya pun biasa sahaja, Tsunami pun berlaku dua kali, Ini kan pula ombak dalam perkahwinan.

“Perkara yang menimpa rumah tangga kami ibarat ...

Read More →

“Kami Telah Pun Menandatangani..” – Aaron Chia & Soh Wooi Yik Didakwa ‘Demand’ Gaji RM2 Juta? Ini Jawab Tuan Badan

Baru-baru ini, tular khabar angin yang mendakwa pemain beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik meminta gaji sebanyak RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pemain beregu terkenal minta gaji RM2 juta?

Difahamkan dari laporan New Straits Times, ‘sesetengah pemain’ dikenali ramai dilaporkan membuat permintaan gaji sebanyak RM2 juta kepada BAM tetapi nama pemain tidak dinyatakan.

bam

Read More →

Uyaina Arshad, Suami Sambung Belajar Di Universiti Oxford

Pengacara Uyaina Arshad bakal terbang ke London bersama suaminya, Raja Syahiran untuk mengambil kursus pendek di Universiti Oxford pada Disember hadapan.

Memetik Kosmo, Uyaina berkata dia suami akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.

“Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya. Memang niat saya untuk menjalankan perniagaan pada tahun hadapan selepas menyertai kursus ini,” katanya.

Sementara itu, Uyaina berkata dia akan membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan ...

Read More →

Nidzam angkat kaki dari Selangor FC

PETALING JAYA: Selepas kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Selangor FC menerima satu lagi tamparan hebat apabila pengendalinya, Nidzam Jamil meletak jawatan serta merta, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak pengurusan Selangor FC yang menyatakan bahawa Nidzam mahu mengundur diri daripada mengendali kelab berkenaan.

“Selangor FC mengumumkan bahawa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuatkuasa serta-merta. Beliau memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.

“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk ...

Read More →
Page 436 of 1,602 «...410420430434435436437438...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X