Menyertai ‘perang’ lagu raya seangkatan dengan rakan-rakan penyanyi ternama lain, Shiha Zikir bersama kakaknya, penyanyi, Eida Zikir,mengakui sedikit pun tidak berniat mahu mewujudkan persaingan di musim perayaan ini.
Menghasilkan buah tangan terbaharu berjudul Tum Tum Raya, Shiha malah tidak menyangka video muzik lagu tersebut mendapat komen negatif daripada sesetengah pihak.
Kononnya, video muzik lagu itu meskipun pada dasarnya sekadar berlandaskan kreativiti, tetapi ada yang berpendapat Shiha gagal menyelitkan elemen sopan santun masyarakat Melayu yang lazimnya cukup sinonim dengan ...