Sudah 30 tahun mencipta nama dalam persada muzik tanah air, pelbagai kejayaan dan pencapaian yang telah dikecapi oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bukan itu sahaja, setiap kejayaan yang diraih oleh penyanyi kelahiran Pahang tersebut sama ada di dalam negara, mahupun di peringkat antarabangsa pasti akan dijulang ramai kerana kagum dengan usahanya mengharumkan nama tanah air tercinta.
Menurut Siti, untuk menghargai momen itu, dia mempunyai impian untuk membuka galerinya sendiri agar dapat dirasai dan dipamerkan kepada peminat dengan lebih dekat. ...