KUANTAN: Biarpun pelbagai cabaran perniagaan terpaksa ditempuh khususnya saingan peniaga secara dalam talian, namun ia tidak mematahkan semangat pengurusan Bazar Aidilfitri Madani Lestari dan Pintar 2025 di Dataran Sekilau di sini untuk menguruskan bazar itu dengan baik.
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan, Nik Mohd. Ridzuan Kamarudin berkata, beliau berbangga melihat pasukan Mitashamika Resources yang majoritinya anak muda mengendalikan dan menguruskan bazar Aidilfitri berkenaan.
“Melihat kepada pasukan Mitashamika, majoriti anak muda yang menguruskan daripada segi kawalan lalu lintas, keselamatan, petugas media, dan ...