Blog

Naikkan gaji minimum, caruman KWSP elak rakyat takut bersara

PETALING JAYA: Kerajaan disaran meningkatkan kadar gaji minimum sehingga RM2,000 sebagai langkah progresif membantu rakyat mengurangkan kerisauan untuk bersara akibat kekurangan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, keperluan untuk mendapatkan gaji minimum yang ideal membolehkan rakyat terutama golongan B40 untuk mencapai sasaran simpanan KWSP RM240,000 bagi membolehkan mereka bersara dengan senang hati pada usia 60 tahun.

Menurut beliau, gaji minimum sebanyak RM2,000 merupakan satu langkah permulaan yang dapat ...

Read More →

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Pihak Polis, Kantoi Bersama 6000 Biji Pil Kuda?

Melalui laporan Kosmo, seorang penyanyi wanita yang dikenali ramai asal Kelantan telah ditahan bersama dengan enam orang individu lagi oleh pihak polis di sebuah hotel terletak di Sungai Golok, Narathiwat, semalam.

Difahamkan, serbuan tersebut dilakukan oleh pihak berkuasa susulan didapati penyanyi dan enam individu itu bersama dengan kira-kira 6000 biji pil kuda atas tujuan pengedaran.

pil kuda Read More →

JSJN siasat sama ada enam termasuk penyanyi wanita terlibat sindiket pil kuda

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan melakukan siasatan terperinci sama ada enam individu termasuk seorang penyanyi wanita ditahan polis Thailand semalam terlibat dalam sindiket pil kuda atau sebaliknya.

Pengarah JSJN, Datuk Seri Khaw Kok Chin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan enam rakyat Malaysia terdiri daripada tiga lelaki dan perempuan oleh polis Thailand di sebuah hotel di Golok, semalam.

Beliau berkata, pihanya bersama JSJN Kelantan sedang bekerjasama dengan polis negara jiran ...

Read More →

Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu kekal jawatan

KUALA TERENGGANU: Enam Ketua Bahagian Bersatu di Terengganu  mengekalkan jawatan mereka dalam pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pemilihan Parti negeri (JPPN) Terengganu berkata, ketua bahagian tersebut iaitu Dungun, Marang, Kuala Nerus, Setiu, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu mencatatkan kemenangan tanpa bertanding.

Sementara itu, menurutnya, jawatan Ketua Bahagian Kemaman dan Besut pula menampil muka baharu yang diisi oleh timbalan setelah memperoleh kemenangan jawatan baharu itu juga tanpa bertanding.

Katanya, Ketua ...

Read More →

SPRM siasat kerugian Khazanah, PNB selepas labur dalam Fashion Valet

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  akan menyiasat mengenai kerugian pelaburan dalam perniagaan fesyen dalam talian tempatan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan kini sedang menjadi isu berkepentingan awam.

“SPRM memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan secara adil dan profesional. 

“Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ...

Read More →

‘Rate’ saya RM15,000 minimum untuk menyanyi – Aliff Syukri

KUALA LUMPUR : Selebriti dan usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri, mendedahkan, dia tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi untuk mana-mana acara atau majlis sekiranya harga yang diberikan tidak setimpal.

Menurut Aliff, penolakan seperti itu bukan bermaksud dirinya seorang yang sombong sebaliknya kerana perlu menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi yang bermutu.

“Sebagai contoh, baru-baru ini saya ada dapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert. Saya tak bersedia kerana terus-terang, suara saya ini terlalu sedap tetapi bayaran yang ditawarkan pula tidak setimpal.

“Ini ...

Read More →

Pelakon Komedi TV Terbaik, ini semua berkat doa ibu – Aishah Azman

KUALA LUMPUR : Pelakon, Aishah Azman, 29, tidak menolak bahawa kemenangannya menerusi kategori Pelakon Komedi TV Terbaik sempena Malam Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) Ahad lalu tidak akan diraih tanpa kuat dan berkatnya doa seorang ibu.

Menurut Aishah, dia yakin, ibunya, Hasliza Mohd, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anaknya dalam apa jua bidang yang diceburi, sekali gus menjadi antara penyebab rezeki kemenangan di ASA2024 berpihak kepadanya.

Malah, Aishah yang kini sedang berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah ...

Read More →

79 senjata ‘berpenunggu’ dirampas di markas Tabib Adam

ALOR GAJAH: Sebanyak 79 senjata tajam seperti keris, pedang, parang dan tombak yang didakwa ‘berpenunggu’ dirampas polis ketika serbuan bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di markas Perubatan Islam Jarak Jauh Tabib Adam yang beroperasi di Masjid Tanah di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang pada 24 Oktober lalu itu, anak lelaki kepada Tabib Adam atau nama sebenarnya Adam M. Isa berusia 22 ...

Read More →

Mahu kahwin dengan saya, adakah awak sedia hidup tiada privasi?

PETALING JAYA: Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming, mendedahkan peti mesej media sosialnya dibanjiri lamaran daripada wanita yang mahu menjadi teman hidup.

Namun begitu, Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 32, meletakkan dua syarat jika benar seseorang itu mahu bergelar isteri kepadanya.

“Saya dapat banyak sangat lamaran. Kadang saya buka peti mesej ada yang bertanya jika sudi berkenalan. Tapi akaun mereka pun private.

“Saya hargainya, tapi soalan saya yang pertama ialah adakah awak bersedia untuk didedahkan kepada umum jika awak ...

Read More →
Page 426 of 1,602 «...400410420424425426427428...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X