PETALING JAYA: Kekangan akta berkaitan kanak-kanak menjadi faktor utama kes pedofilia berleluasa di negara ini akibat kegagalan pihak berkuasa menghalang bahan berkaitan diakses oleh orang ramai.
Naib Presiden II Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatiha Jamhari berkata, negara sudah mempunyai Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membanteras gejala tidak sihat itu.
“Malangnya terdapat kekurangan dalam akta-akta ini iaitu kuasa untuk memantau dan memerangkap pengeluar kandungan pornografi khususnya ...