KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyumbangkan RM20,000 kepada WWF Malaysia bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan spesies haiwan ikonik di negara ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sumbangan tersebut diberikan sebagai komitmennya untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, khususnya dalam kalangan generasi muda.
“Saya berharap sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk merangka program pendidikan dan kesedaran, terutamanya melibatkan anak-anak di kawasan Lembah Pantai, termasuk di Projek ...